WELCOME

Thursday, 15 March 2012

Meranum Bahasaku

Ucaplah oleh mu dalam bahasa kita
1 Malaysia dihampar utama
bukan aku, tapi kita dan semua
yang aneka alis mata.

Katakanlah bahasa kita adalah cinta
ranum dibibir
dari kelopak darah beza biar sama, satu
mekar kemas merumpun bangsa, Malaysia.

Tintalah bahasa cinta
oleh kalian dan sekelian
marhaen yang disatukan
untuk digapai keutamaan.

Kita kecapi manis bahasa
dengan lidah warni budaya
berlagu tekad erat berpadu
biar gemanyake pojok jagatraya terngiang

ayuh kita ranumkan bahasa pertiwi
tegakkan tiang jati diri, bangsa beridentiti
dan lakarkan disegenapdiari dunia
biar indah bugar selamanya.

Nukilan,
N. Faizal Ghazali
Dewan Bahasa, April 2010